Cara Mandi Wajib Yang Betul Serta Sempurna Untuk Lelaki & Wanita Dari JAKIM

Mandi junub ataupun lebih dikenali sebagai mandi wajib tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan ibadah seharian kita sebagai seorang islam.

Terdapat enam perkara yang mewajibkan seseorang itu mandi wajib. Tiga pada lelaki dan enam pada kaum wanita .

Perkara yang mewajibkan mandi wajib bagi lelaki  :
1 – Pertemuan antara  dua kemaluan iaitu bersetubuh
2 – Keluarnya mani
3 – Kematian

Perkara yang mewajibkan mandi wajib bagi wanita  :
1 – Pertemuan antara dua kemaluan iaitu bersetubuh
2 – Keluarnya mani
3 – Kematian
4 – Haid
5 – Nifas
6 – Melahirkan anak

Jadi sekiranya seseorang itu mengalami salah satu perkara yang dinyatakan di atas maka wajib baginya mandi wajib. Sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai muslim untuk mempelajari kaedah dan teknik mandi wajib yang betul. Bilamana mandi wajib seseorang itu tidak sah secara automatik ibadah lain juga tidak sah.
Mandi wajib itu tidak perlu terlalu lama asalkan ianya mudah , ringkas dan cukup rukunnya.

Tiga rukun mandi wajib yang anda tahu :-
1 – Niat.
2 – Menghilangkan najis pada badan.
3 – Meratakan air keseluruh anggota zahir.

Niat mandi wajib kami pecahkan kepada tiga niat berdasarkan kepada situasi :

1) Lafaz niat keluar mani atau keluar haid dan nifas :

( GAMBAR )
NAWAITU RAF’AL HADASIL AKBARI LILLAH HI TA’ALA

( Maksudnya : Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala )

( GAMBAR )
NAWAITU GHOSLAL NINAL HAIDI LILLAH HI TAALA
( Maksudnya : Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala )

2) Lafaz niat disebabkan bersetubuh suami dan isteri

( GAMBAR )
NAWAITU GHOSLAL MINAL JANABAH LILLAH HI TAALA

( Maksudnya : Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala)

 

3) Lafaz Niat disebabkan keluar dalarah nifas

( GAMBAR )
NAWAITU GHOSLA ANIL NIFAS LILAH HITAALA

( Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala)

 

Panduan mandi wajib yang kami sediakan ini sesuai untuk lelaki dan wanita. Semoga anda beroleh manfaat daripada panduan yang kami sediakan ini. Panduan ini berdasarkan daripada pihak JAKIM.

Cara ringkas mandi wajib yang telah diterangkan oleh Rasullah S.A.W

  1. Niat bila mana air sampai ke tubuh.
  2. Membaca “ Bismillah “.
  3. Membasuh tangan sebanyak tiga kali.
  4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri.
  5. Membersihkan tangan kiri dengan sabun.
  6. Berwuduk . Berwuduk seperti biasa ataupun menangguh mencuci kaki sehingga selesai mandi wajib.
  7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara merata dan menyiramkan air sebanyak tiga kali.
    Ini berdasarkan hadis dari Aisyah didalam Sahih Bukhari yang bermaksud :
    “ Kemudian Baginda SAW memasuki jari-jarinya kedalam air , kemudian mengusap rambutnya , kemudian menyiram kepala nya tiga kali dengan kedua tangannya “ .
  8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
    Dari Aisyah (R.A) : “ Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut , ketika bersikat dan ketika bersuci “.
  9. Meratakan air ke seluruh tubuh.
  10. Berwudu’ Jika hendak mengerjakan solat fardhu, perbezaan diantara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja cara dan kaedah mandi adalah sama.Semoga artikel ini dapat membantu anda untuk lebih memahami cara mandi wajib yang betul dan sempurna.

    Mohon kongsikan artikel ini jika anda rasa artikel ini membantu.
    Sumber : Majalah Cahaya , Bil 106 , Tahun 24 Isu 3/2012 , Bahagian Penerbitan , Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM )

[jetpack-related-posts]

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment