Panduan Lengkap Solat Sunat Hajat & Doa Yang Mudah Dari JAKIM

Post image for Panduan Lengkap Solat Sunat Hajat & Doa Yang Mudah Dari JAKIM

Ini adalah panduan solat dan cara untuk menunaikan solat hajat yang ringkas dengan doa untuk dijadikan rujukan bersama yang dikeluarkan oleh ihsan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Semoga ianya dapat membantu anda mengerjakan solat hajat dengan betul.

Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua rakaat. (Riwayat At-Tarmizi)

Apakah Tujuan Kita Menunaikan Solat Hajat?

Solat Hajat adalah solat sunat yang ditunaikan untuk meminta sesuatu hajat yang baik atau menolak sesuatu keburukan. Ada yang menunaikan sembahyang hajat ini bertujuan untuk memohon hajat seperti dipermudahkan dan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, memohon kerahmatan memasuki rumah baru dan sebagainya.

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua rakaat dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, samaada cepat ataupun lambat.

Berikut adalah sebab utama solat hajat dibuat:

  • mendekatkan diri kepada Allah S.W.T
  • memohon hajat untuk diri sendiri atau orang lain
  • Mendidik jiwa redha dengan ketentuan Allah
  • Mengakui kelemahan diri dan hanya Allah tempat untuk memohon

Waktu Solat Hajat

Solat hajat boleh dibuat dan ditunaikan pada bila-bila masa sahaja sekiranya berkelapangan kerana ianya tergolong dalam solat sunat- samaada pada waktu siang atau malam, kecuali waktu yang diharamkan solat.

Namun begitu disarankan untuk memilih waktu solat sunat hajat yang sesuai dan afdhal seperti selepas tengah malam atau selepas 2/3 malam. Ini kerana suasana ketika itu yang boleh mendatangkan ketenangan dan kekusyukkan, Insya-Allah.

Hajat Yang Sesuai Dipohon

Anda bebas untuk memohon dan meminta apa sahaja dalam doa. Sebaiknya adalah perkara yang membawa kebaikan dan menolak musibah seperti:

Iklaneka

  • Diberi kebaikan di dunia seperti mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Keamanan dan dimurahkan rezeki.
  • Diberi kebaikan di akhirat seperti menjadi orang yang istiqamah dalam ibadah.
  • Dijauhkan keburukan dunia seperti kegagalan dalam hidup, penyakit, kemiskinan dan sebagainya.
  • Dijauhkan keburukan akhirat seperti perbuatan maksiat, mungkar dan sebagainya.

Cara Menunaikan Solat Sunat Hajat

Sembahyang hajat boleh dilakukan paling ringkas dua rakaat sehingga dua belas rakaat. Setiap 2 rakaat dengan 1 salam dan boleh dilakukan solat sunat hajat secara berjemaah atau bersendirian.

#1. Lafaz niat solat Hajat:

niat solat hajatBacaan: U-shol-lii sun-na-tal haa-ja-ti rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa

“Sahaja aku solat sunat Hajat rakaat kerana Allah Taala.”

#2. Bacaan solat hajat

Raka’at pertama – Surah al-Fatihah 1 kali dan surah al-Kafirun 1 kali (ringkas) atau 10 kali.


Raka’at kedua – Surah al-Fatihah 1 kali dan surah al-Ikhlas 1 kali (ringkas) atau 10 kali.

 

Doa Selepas Solat Sunat Hajat

Seusai menunaikan solat hajat dan memberi salam, bacalah pula doa solat hajat seperti di bawah:

Kemudian pohonlah apa-apa yang dihajati, boleh diulangi doa tersebut dan setelah selesai berdoa hendaklah diakhiri dengan selawat iaitu:

.

Waktu berdoa yang paling mustajab dan diterima doanya adalah selepas salam boleh berhajat secara lintasan hati atau dilafazkan semasa masih keadaan sujud serta juga duduk. Insya-Allah.

———————————-

Untuk doa hajat yang anda mohon lebih mustajab dan cepat dimakbulkan, bolehlah anda melakukan Solat Sunat Taubat terlebih dahulu bagi memohon keampunan kepada Allah. Kerana kadang-kadang hajat anda ditangguhkan kerana dosa-dosa yang telah anda lakukan. Insya Allah, mudah-mudahan segala apa yang dihajati dan dipohon dalam sholat hajat tadi, berserta dengan usaha gigih yang telah dilakukan akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Wallahu a’lam.

LIKE FB Panduan Solat

{ 4 comments… read them below or add one }

Maseri bin moshidi August 27, 2018 at 3:09 pm

Solat hajat:
Selepas memberi salam, apakah perlu ucap ‘Allahuakbar’ untuk sujud berdoa dan apakah diucap lagi ‘Allahuakbar’ ketika bangun dari sujud?

Reply

Ustaz Adam November 30, 2018 at 12:30 am

Sujud adalah sebelum memberi salam pada tahiyat akhir. Dan boleh terus sujud selepas habis tahiyat akhir. Wallahu a’lam.

Reply

Suzen December 2, 2018 at 11:09 pm

Adakah bacaan tasbih sujud itu wajib dilakukan sms sujud atau blh dilakukan selepas memberi salam dlm keadaan duduk tahiyat akhir?

Reply

Suzen December 2, 2018 at 11:18 pm

Maaf, untuk soalan di atas bg solat sunat hajat..

Reply

Leave a Comment

{ 3 trackbacks }