Doa Dimudahkan Membayar Hutang Walaupun Hutang Stinggi Gunung

Post image for Doa Dimudahkan Membayar Hutang Walaupun Hutang Stinggi Gunung

Sekiranya kita berniat untuk membayar sesuatu hutang tapi berlaku kesukaran, berdoalah kepada Allah agar dipermudahkan urusan kita untuk menjelaskan hutang tersebut. Kerana Allah tidak menyukai hambanya yang berhutang dan mereka yang melengah-lengahkan membayar hutang kerana hukumnya adalah berdosa besar kepada penghutang tersebut.

Rasulullah SAW bersabda,

أَيُّمَا رَجُلٍ يَدَيَّنُ دَيْنًا وَهُوَ مُجْمِعٌ أَنْ لاَ يُوَفِّيَهُ إِيَّاهُ لَقِىَ اللَّهَ سَارِقًا

“Siapa saja yang berhutang lalu berniat tidak mahu melunasinya, maka dia akan bertemu Allah (pada hari kiamat) dalam status sebagai pencuri.” -HR. Ibnu Majah

Doa Mudah Bayar Hutang Walaupun Setinggi Gunung

Sesungguhnya setiap perkara ada jalannya. Dan Allah menyayangi hamba-Nya yang selalu berdoa dan berzikir.

ALLAH SWT berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembah-Ku, akan Aku masukkan mereka ke neraka jahanam dalam keadaan hina.” (Surah Ghafir: 60)

Marilah kita sama-sama amalkan doa ini dan semoga Allah memudahkan jalan bagi kita yang berniat untuk menjelaskan hutang-hutang tersebut tidaklah hutang sesama adik beradik, hutang dengan kawan, hutang PTPTN, hutang bank dan sebagainya. Dan semoga hidup kita sentiasa diberkati oleh Allah dan mati kelak dipermudahkan hitungan kita.

Wallahu a’lam

[jetpack-related-posts]

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment